Cungkil bakat baharu pemain badminton



​​


Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Belia dan Sukan





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Jun. - Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) telah berjaya menganjurkan Aktiviti Asas Badminton selama tiga hari semasa cuti penggal persekolahan bermula 2 hingga 4 Jun 2026, baru-baru ini.


Aktiviti yang diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara berkenaan merupakan salah satu pengisian di bawah program 'Lakastah Bemain, Cuti Sekolah Jua Ni', dan dibukakan kepada kanak-kanak dan belia berusia tujuh tahun hingga 20 tahun.


Seramai 40 peserta menyertai program yang dikendalikan oleh empat jurulatih badminton dari PBKBD.


Para peserta didedahkan kepada latihan-latihan dan pergerakan asas dalam badminton, dan turut dimeriahkan dengan pertandingan mini.


Program berkenaan antara lain bertujuan untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat, sekali gus menjadi platform untuk PBKBD mencari bakat-bakat baharu daripada pelbagai peringkat umur, terutama mereka yang mempunyai minat dan bakat semula jadi dalam badminton.


Close